Friday, 28 August 2015
Wednesday, 16 April 2014
Mini Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah
Mini Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah yang telah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong telah menyaksikan SMK Tasek berjaya melayakkan diri ke Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 8/5/2014.
Antara pertandingan yang disertai oleh SMK Tasek ialah bot solar,kereta solar,saintis muda dan solar cooker (EEC).Semua kategori yang disertai oleh SMK Tasek berjaya layak ke Peringkat Negeri .
Tahniah diucapkan.Kami di sini mendoakan yang terbaik untuk peserta-peserta Karnival Sains dan Teknologi yang akan bertanding di peringkat negeri kelak.
Gambar-gambar sekitar Mini Karnival Sains dan Teknologi.
Saturday, 22 March 2014
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon-calon SPM 2013.
Anda telah melakukan yang terbaik buat SMK Tasek.Secara keseluruhannya, SPM kali ini mencatat peningkatan yang agak memberansangkan.
Pelajar Terbaik SPM 2013 dianugerahkan kepada saudara Mohammad Muslim bin Abdul Halim yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013.Beliau memperoleh keputusan 6A dan lulus semua mata pelajaran.
TAHNIAH diucapkan kepada beliau...
Diharapkan calon-calon SPM 2014 dapat menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk mencatat keputusan yang cemerlang pada masa hadapan kelak.
Minggu Sains Dan Matematik
Minggu Sains dan Matematik SMK Tasek telah berlangsung dengan jayanya pada 10/3/2014 - 14/3/2014.Minggu Sains dan Matematik dirasmikan oleh Puan Pengetua SMK Tasek,Puan Nasrah binti Ahmed.Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan khusus kepada pelajar-pelajar SMK Tasek.Antara aktiviti yang paling mendapat sambutan yang amat menggalakkan ialah roket air (water rocket) dan payung terjun.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Sains dan Matematik termasuklah:
-Kuiz spontan matematik
-Kuiz spontan sains
-Pertandingan roket air
-Pertandingan payung terjun
-Pertandingan kitar semula
-Math magic
-Sains & math IQ
-Pertandingan sudut mata pelajaran Sains dan Matematik
SAINS DAN MATEMATIK MENJANA MINDA YANG KREATIF DAN KRITIS
Pertandingan Kraf Kitar Semula
Sunday, 16 March 2014
PM mahu semua pihak berhenti cetus isu perkauman
KUALA LUMPUR 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengingatkan semua pihak agar berhenti mengeluarkan sebarang ucapan atau
kata-kata berbaur perkauman yang boleh mencetus persengketaan antara
kaum.Katanya, kemakmuran Malaysia wajib dipertahan kerana negara ini tidak dibina dengan mudah, sebaliknya telah banyak pengorbanan keringat serta nyawa ditumpahkan baik oleh pihak kerajaan mahu pun pejuang kemerdekaan sejak dahulu.
Tegas beliau, sebarang kealpaan, sikap buta sejarah dan mementingkan diri sendiri pihak tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti kumpulan lain hanya akan menjerumuskan Malaysia ke dalam kancah kemusnahan.
"Kita bina negara ini bukan mudah. Banyak pengorbanan terpaksa dibuat. Janganlah kita musnahkan. Jangan bersikap alpa dan buta sejarah atau mementingkan diri sendiri demi kepentingan atau objektif politik.
"Negara ini mempunyai masa depan yang cukup cerah (hasil pentadbiran kerajaan Barisan Nasional), jangan kita musnahkan," katanya semasa berucap merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.
Dalam pada itu, Najib berkata, inisiatif penyatuan nasional lahir selepas kerajaan bimbang dengan perluasan polarisasi antara kaum dan menurutnya jika keadaan tersebut tidak ditangani dengan segera tidak mustahil malapetaka akan muncul.
Tambah Perdana Menteri walaupun masalah tersebut belum berada pada tahap serius tetapi langkah pencegahan dan penyatuan perlu dilakukan dengan segera kerana tiada guna untuk bertindak selepas sesuatu sudah musnah.
"Rakyat perlu memainkan peranan utama untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan ini kerana kerajaan hanya pemudah cara untuk memastikan polarisasi ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
"Kita tidak mahu hanya selepas keadaan sudah parah baru hendak bertindak kerana keharmonian ini adalah nikmat tidak terhingga yang wajib dipertahankan semua pihak kerana tiada kemajuan tanpa keamanan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140310/dn_03/PM-mahu-semua-pihak-berhenti-cetus-isu-perkauman#ixzz2vQDyTcsx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Read more...
Saturday, 15 March 2014
Mesyuarat Agung PIBG SMK Tasek kali ke-9
Mesyuarat Agung PIBG SMK Tasek kali ke-9 yang dirasmikan oleh En. Mahamad Fauzi bin Saad,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan telah berlangsung dengan jayanya.Mesyuarat yang mengambil tempat di Dewan SMK Tasek bermula pada pukul 7:30 pagi itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik, antaranya ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Haji Ahmad,penyerahan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2013/14,cabutan nombor bertuah,dan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/15.Di samping itu,penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi pelajar Tingkatan 5 turut diadakan.
Kursus Kepempinan Pengerusi Unit Kokurikulum
Pada masa yang sama,kursus kepimpinan bagi pengerusi unit kokurikulum turut diadakan.Kursus yang bermula kira-kira pada pukul 7:45 pagi itu telah menghimpunkan semua pengerusi dari badan beruniform,kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.Kursus yang bertempat di bilik kuliah Smk Tasek telah diisi dengan pelbagai slot untuk para pengerusi kokurikulum.Antaranya,slot pengurusan fail yang diuruskan oleh Pn. Mahani,slot kemahiran berkomunikasi berkesan yang diuruskan oleh En. Sazalie, slot ceramah yang disampaikan oleh En. Yusri,slot ceramah yang disampaikan oleh penyelaras sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Pn. Aida Ismail dan majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta.Pelbagai maklumat dan input yang berguna diperoleh para peserta kursus yang terdiri daripada pengerusi unit uniform,kelab persatuan dan sukan permainan.Kesemua pengerusi secara tidak langsung menjadi ahli President Club SMK Tasek yang rasmi bagi tahun 2014.
Read more...
Thursday, 16 May 2013
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik SMK Tasek.
Semoga usaha dan tunjuk ajar kalian semua kepada anak didik akan melahirkan generasi yang berjaya yang bakal memimpin masa depan negara.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Jadilah seorang guru yang ...
hadirnya di TUNGGU
hilangnya di RINDU
ilmunya di BURU
nasihatnya di SERU
tingkah lakunya di TIRU
jasanya di KALBU
kerana Allah dan Rasul demi agama, bangsa dan negara.
"SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU"
























