SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2015
TAMAN PUTERI GUNUNG, 14120 SIMPANG AMPAT, S.PERAI SELATAN, PULAU PINANG
Mini Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah yang telah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong telah menyaksikan SMK Tasek berjaya melayakkan diri ke Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 8/5/2014.
Antara pertandingan yang disertai oleh SMK Tasek ialah bot solar,kereta solar,saintis muda dan solar cooker (EEC).Semua kategori yang disertai oleh SMK Tasek berjaya layak ke Peringkat Negeri .
Tahniah diucapkan.Kami di sini mendoakan yang terbaik untuk peserta-peserta Karnival Sains dan Teknologi yang akan bertanding di peringkat negeri kelak.
Gambar-gambar sekitar Mini Karnival Sains dan Teknologi.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon-calon SPM 2013.
Anda telah melakukan yang terbaik buat SMK Tasek.Secara keseluruhannya, SPM kali ini mencatat peningkatan yang agak memberansangkan.
Pelajar Terbaik SPM 2013 dianugerahkan kepada saudara Mohammad Muslim bin Abdul Halim yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013.Beliau memperoleh keputusan 6A dan lulus semua mata pelajaran.
TAHNIAH diucapkan kepada beliau...
Diharapkan calon-calon SPM 2014 dapat menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk mencatat keputusan yang cemerlang pada masa hadapan kelak.
Minggu Sains dan Matematik SMK Tasek telah berlangsung dengan jayanya pada 10/3/2014 - 14/3/2014.Minggu Sains dan Matematik dirasmikan oleh Puan Pengetua SMK Tasek,Puan Nasrah binti Ahmed.Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan khusus kepada pelajar-pelajar SMK Tasek.Antara aktiviti yang paling mendapat sambutan yang amat menggalakkan ialah roket air (water rocket) dan payung terjun.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Sains dan Matematik termasuklah:
-Kuiz spontan matematik
-Kuiz spontan sains
-Pertandingan roket air
-Pertandingan payung terjun
-Pertandingan kitar semula
-Math magic
-Sains & math IQ
-Pertandingan sudut mata pelajaran Sains dan Matematik
SAINS DAN MATEMATIK MENJANA MINDA YANG KREATIF DAN KRITIS
KUALA LUMPUR 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengingatkan semua pihak agar berhenti mengeluarkan sebarang ucapan atau
kata-kata berbaur perkauman yang boleh mencetus persengketaan antara
kaum.Mesyuarat Agung PIBG SMK Tasek kali ke-9 yang dirasmikan oleh En. Mahamad Fauzi bin Saad,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan telah berlangsung dengan jayanya.Mesyuarat yang mengambil tempat di Dewan SMK Tasek bermula pada pukul 7:30 pagi itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik, antaranya ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Haji Ahmad,penyerahan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2013/14,cabutan nombor bertuah,dan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/15.Di samping itu,penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi pelajar Tingkatan 5 turut diadakan.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP