PSS SMK TASEK. Powered by Blogger.

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik SMK Tasek.
Semoga usaha dan tunjuk ajar kalian semua kepada anak didik akan melahirkan generasi yang berjaya yang bakal memimpin masa depan negara.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Jadilah seorang guru yang ... 
hadirnya di TUNGGU 
hilangnya di RINDU 
ilmunya di BURU 
nasihatnya di SERU 
tingkah lakunya di TIRU 
jasanya di KALBU
kerana Allah dan Rasul demi agama, bangsa dan negara.
"SELAMAT HARI GURU..TERIMA KASIH CIKGU"

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP