PSS SMK TASEK. Powered by Blogger.

PUSAT SUMBER

Matlamat Pusat Sumber
Ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar menbaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat

Definisi Pusat Sumber
  • Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematis.
  • Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk menguasai asas serta kemahiran maklumat pendidikan.
Objektif
  • Kecemerlangan pendidikan - meningkatkan mutu pengajaran & pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
  • Penggunaan kemudahan - mengalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
  • Pemupukan tabiat belajar - memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
  • Penghasilan bahan - membantu murid dan guru menghasilkan, menilai dan meggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran & pembelajaran.
  • Perkhidmatan pembelajaran - mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
  • Kemahiran maklumat - melatih murid menggunakan maklumat dalam proses pembelajaran.
Fungsi
  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum.
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  • Merupakan tempat bahan pengajaran & pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  • Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat yang lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasilkan dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
  • Mengalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
  • Menyediakan peluang murid mengembangkan kemahiran maklumat.
  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan pengembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  • Menyediakan alatan reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.
Kemudahan Bilik dan Sudut Pusat Sumber

Perpustakan
Untuk tujuan:-
  • Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pinjaman bahan bercetak
  • Rujukan bahan bercetak
  • Bersantai dengan bacaan ringan
  • Aktiviti ko-kurikulum akademik
  • Rakam salin
Pusat Akses
Untuk tujuan:-
  • Pengajaran dan Pembelajaran
  • Rujukan Bahan Internet
Bilik Alat Pandang Dengar
Untuk tujuan:-
  • Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pinjaman bahan elektronik
  • Pinjaman Peralatan Elektronik
Bilik Bahan Bantu Mengajar
Untuk tujuan:-
  • Pinjaman bahan bantu mengajar bukan elektronik

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP