PSS SMK TASEK. Powered by Blogger.

Wednesday 16 April 2014

Mini Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah

Mini Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah yang telah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong telah menyaksikan SMK Tasek berjaya melayakkan diri ke Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 8/5/2014.
Antara pertandingan yang disertai oleh SMK Tasek ialah bot solar,kereta solar,saintis muda dan solar cooker (EEC).Semua kategori yang disertai oleh SMK Tasek berjaya layak ke Peringkat Negeri .
Tahniah diucapkan.Kami di sini mendoakan yang terbaik untuk peserta-peserta Karnival Sains dan Teknologi yang akan bertanding di peringkat negeri kelak.

Gambar-gambar sekitar Mini Karnival Sains dan Teknologi.

Read more...

Saturday 22 March 2014

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon-calon SPM 2013.

Anda telah melakukan yang terbaik buat SMK Tasek.Secara keseluruhannya, SPM kali  ini mencatat peningkatan yang agak memberansangkan.

Pelajar Terbaik SPM 2013 dianugerahkan kepada saudara Mohammad Muslim bin Abdul Halim yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2013.Beliau memperoleh keputusan 6A dan lulus semua mata pelajaran.

TAHNIAH diucapkan kepada beliau...

Diharapkan calon-calon SPM 2014 dapat menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk mencatat keputusan yang cemerlang pada masa hadapan kelak.

Read more...

Minggu Sains Dan Matematik

Minggu Sains dan Matematik SMK Tasek telah berlangsung dengan jayanya pada 10/3/2014 - 14/3/2014.Minggu Sains dan Matematik dirasmikan oleh Puan Pengetua SMK Tasek,Puan Nasrah binti Ahmed.Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan khusus kepada pelajar-pelajar SMK Tasek.Antara aktiviti yang paling mendapat sambutan yang amat menggalakkan ialah roket air (water rocket) dan payung terjun.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Sains dan Matematik termasuklah:
-Kuiz spontan matematik
-Kuiz spontan sains
-Pertandingan roket air
-Pertandingan payung terjun
-Pertandingan kitar semula
-Math magic
-Sains & math IQ
-Pertandingan sudut mata pelajaran Sains dan Matematik

SAINS DAN MATEMATIK MENJANA MINDA YANG KREATIF DAN KRITIS

Pertandingan Pelancaran Roket Air



Pertandingan Payung Terjun





   Pertandingan 'Math Magic' dan Sodoku


Pertandingan  Kraf Kitar Semula

Read more...

Sunday 16 March 2014

PM mahu semua pihak berhenti cetus isu perkauman


KUALA LUMPUR 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak agar berhenti mengeluarkan sebarang ucapan atau kata-kata berbaur perkauman yang boleh mencetus persengketaan antara kaum.
Katanya, kemakmuran Malaysia wajib dipertahan kerana negara ini tidak dibina dengan mudah, sebaliknya telah banyak pengorbanan keringat serta nyawa ditumpahkan baik oleh pihak kerajaan mahu pun pejuang kemerdekaan sejak dahulu.
Tegas beliau, sebarang kealpaan, sikap buta sejarah dan mementingkan diri sendiri pihak tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti kumpulan lain hanya akan menjerumuskan Malaysia ke dalam kancah kemusnahan.
"Kita bina negara ini bukan mudah. Banyak pengorbanan terpaksa dibuat. Janganlah kita musnahkan. Jangan bersikap alpa dan buta sejarah atau mementingkan diri sendiri demi kepentingan atau objektif politik.
"Negara ini mempunyai masa depan yang cukup cerah (hasil pentadbiran kerajaan Barisan Nasional), jangan kita musnahkan," katanya semasa berucap merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.
Dalam pada itu, Najib berkata, inisiatif penyatuan nasional lahir selepas kerajaan bimbang dengan perluasan polarisasi antara kaum dan menurutnya jika keadaan tersebut tidak ditangani dengan segera tidak mustahil malapetaka akan muncul.
Tambah Perdana Menteri walaupun masalah tersebut belum berada pada tahap serius tetapi langkah pencegahan dan penyatuan perlu dilakukan dengan segera kerana tiada guna untuk bertindak selepas sesuatu sudah musnah.
"Rakyat perlu memainkan peranan utama untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan ini kerana kerajaan hanya pemudah cara untuk memastikan polarisasi ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
"Kita tidak mahu hanya selepas keadaan sudah parah baru hendak bertindak kerana keharmonian ini adalah nikmat tidak terhingga yang wajib dipertahankan semua pihak kerana tiada kemajuan tanpa keamanan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140310/dn_03/PM-mahu-semua-pihak-berhenti-cetus-isu-perkauman#ixzz2vQDyTcsx
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Read more...

Saturday 15 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK Tasek kali ke-9

Mesyuarat Agung PIBG SMK Tasek kali ke-9 yang dirasmikan oleh En. Mahamad Fauzi bin  Saad,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan telah berlangsung dengan jayanya.Mesyuarat yang mengambil tempat di Dewan SMK Tasek bermula pada pukul 7:30 pagi itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik, antaranya ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Haji Ahmad,penyerahan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2013/14,cabutan nombor bertuah,dan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/15.Di samping itu,penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi pelajar Tingkatan 5 turut diadakan.


Kursus Kepempinan Pengerusi Unit Kokurikulum

Pada masa yang sama,kursus kepimpinan bagi pengerusi unit kokurikulum turut diadakan.Kursus yang bermula kira-kira pada pukul 7:45 pagi itu telah menghimpunkan semua pengerusi dari badan beruniform,kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.Kursus yang bertempat di bilik kuliah Smk Tasek telah diisi dengan pelbagai slot untuk para pengerusi kokurikulum.Antaranya,slot pengurusan fail yang diuruskan oleh Pn. Mahani,slot kemahiran berkomunikasi berkesan yang diuruskan oleh En. Sazalie, slot ceramah yang disampaikan oleh En. Yusri,slot ceramah yang disampaikan oleh penyelaras sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Pn. Aida Ismail dan majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta.Pelbagai maklumat dan input yang berguna diperoleh para peserta kursus yang terdiri daripada pengerusi unit uniform,kelab persatuan dan sukan permainan.Kesemua pengerusi secara tidak langsung menjadi ahli President Club SMK Tasek yang rasmi bagi tahun 2014.








Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP