PSS SMK TASEK. Powered by Blogger.

Saturday 15 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG SMK Tasek kali ke-9

Mesyuarat Agung PIBG SMK Tasek kali ke-9 yang dirasmikan oleh En. Mahamad Fauzi bin  Saad,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan telah berlangsung dengan jayanya.Mesyuarat yang mengambil tempat di Dewan SMK Tasek bermula pada pukul 7:30 pagi itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik, antaranya ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Tuan Haji Hassan bin Haji Ahmad,penyerahan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2013/14,cabutan nombor bertuah,dan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/15.Di samping itu,penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi pelajar Tingkatan 5 turut diadakan.


Kursus Kepempinan Pengerusi Unit Kokurikulum

Pada masa yang sama,kursus kepimpinan bagi pengerusi unit kokurikulum turut diadakan.Kursus yang bermula kira-kira pada pukul 7:45 pagi itu telah menghimpunkan semua pengerusi dari badan beruniform,kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.Kursus yang bertempat di bilik kuliah Smk Tasek telah diisi dengan pelbagai slot untuk para pengerusi kokurikulum.Antaranya,slot pengurusan fail yang diuruskan oleh Pn. Mahani,slot kemahiran berkomunikasi berkesan yang diuruskan oleh En. Sazalie, slot ceramah yang disampaikan oleh En. Yusri,slot ceramah yang disampaikan oleh penyelaras sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Pn. Aida Ismail dan majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta.Pelbagai maklumat dan input yang berguna diperoleh para peserta kursus yang terdiri daripada pengerusi unit uniform,kelab persatuan dan sukan permainan.Kesemua pengerusi secara tidak langsung menjadi ahli President Club SMK Tasek yang rasmi bagi tahun 2014.








0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP